Header Ads

test

Maklumbalas Masalah Bekalan Air Di Kuala Kedah 1. Adalah dimaklumkan, Pekan Kuala Kedah merupakan kawasan penghujung bagi sist...


Maklumbalas Masalah Bekalan Air Di Kuala Kedah 1. Adalah dimaklumkan, Pekan Kuala Kedah merupakan kawasan penghujung bagi sistem agihan bekalan air yang menyalurkan air kepada pengguna. Bekalan air bersih yang diproses di LRA Pelubang, Jitra di pam ke kolam takungan utama di Bukit Tinggi, Jitra seterusnya disalurkan secara graviti melalui paip agihan dan retikulasi ke sepanjang jalan bermula dari sebahagian bandaraya Alor Setar, kawasan Alor Mengkudu sehinggalah ke Pekan Kuala Kedah dengan jarak sekitar 20 kilometer. 2. Pembangunan pesat terutamanya sektor perumahan di sepanjang Jalan Simpang Kuala ke Kuala Kedah menyebabkan permintaan bekalan air terawat meningkat setiap tahun berbanding kapasiti pengeluaran di LRA yang masih sama. Pada musim cuti seperti cuti perayaan, cuti persekolahan ataupun cuti hujung minggu permintaan bekalan air terawat akan meningkat sekali ganda berikutan kadar penggunaan air yang lebih dari hari dan waktu biasa. 3. Keadaan ini menyebabkan kadar aliran dan tekanan air mengalami penyusutan serta menjejaskan operasi rumah pam utama yang membekalkan air ke kawasan penduduk. Tindakan jangkamasa singkat seperti aktiviti takungan tangki pada waktu malam terpaksa dilakukan bagi meningkatkan semula paras tangki supaya berada ditahap yang memuaskan untuk membekalkan air pada hari berikutnya. 4. Sepanjang tempoh aktiviti ini dilakukan, ianya akan sedikit menjejaskan aliran dan tekanan air yang sampai kepada pengguna. Walau bagaimanapun, situasi yang berlaku ini telah diambil maklum dan didalam perhatian pihak SADA Wilayah dimana pihak SADA Wilayah akan sedaya upaya dengan sumber yang terhad akan cuba memastikan pengguna di kawasan terjejas tidak terputus bekalan air. Sekiranya berlaku kecemasan seperti kematian ataupun sebagainya pihak SADA akan membekalkan bantuan air dari lori tanker SADA berdasarkan permohonan. 5. Pihak SADA juga telah mengaktifkan kembali rumah-rumah pam di fasa-fasa Taman Bersatu untuk membantu menstabilkan bekalan air di kawasan ini. Rumah Pam yang terlibat adalah di fasa 1, fasa 3 dan fasa 4. 6. Bagi skim perumahan yang sedang dalam perancangan ataupun didalam fasa pembinaan di kawasan Pekan Kuala Kedah serta berhampiran, pihak pemaju akan menyediakan sistem rumah pam dan tangki untuk fasa perumahan masing-masing tanpa menjejaskan operasi rumah pam taman perumahan sediada di kawasan berhampiran. 7. Cadangan penyelesaian jangka masa panjang seperti yang sedia maklum adalah cadangan menaiktaraf Loji Rawatan Air Pelubang, Jitra termasuk pemasangan paip khusus untuk kawasan Kuala Kedah yang akan dilaksanakan pembinaannya oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) yang kini didalam peringkat tender. Sekiranya kerja-kerja menaiktaraf LRA Pelubang ini dilaksanakan sebagaimana perancangan dan siap beroperasi sepenuhnya, kawasan penghujung iaitu Pekan Kuala Kedah akan menerima impak dari segi tambahan bekalan dan tekanan air. 8. Pada masa kini lori tangki digerakkan untuk kawasan dan akaun terganggu. Untuk Kg Tepi Laut dan Laksamana adalah kawasan rutin yang dihantar secara berjadual. Sekian, Terima Kasih Sumber: Dato' Suraya Yaacob 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 2/23/2021, 3:24:16 PM 

Tiada ulasan