Header Ads

test

PROGRAM VAKSIN MULA AHAD Kuala Lumpur - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berharap rakyat Kedah bersedia men...


PROGRAM VAKSIN MULA AHAD Kuala Lumpur - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berharap rakyat Kedah bersedia menerima suntikan demi kebaikan bersama. Menurutnya, program vaksinasi bagi negeri Kedah akan bermula pada Ahad ini dan mesyuarat berkaitannya akan diadakan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan pada hari ini, di sini. Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian kepada wartawan selepas temubual bersama Malaysia Hari Ini (MHI) di Seri Pentas Utama pagi semalam. Dalam kenyataan pada 11 Februari lalu, YAB Menteri Besar menyatakan kesediaan menjadi orang pertama di Kedah yang akan menerima suntikan vaksin bagi menghilangkan skeptikal sebahagian masyarakat terhadap program vaksin COVID-19. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 2/24/2021, 9:00:20 AM 

Tiada ulasan