Header Ads

test

MB SEDIA TERIMA SUNTIKAN VAKSIN SIK- Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan kesediaan sebagai penerim...


MB SEDIA TERIMA SUNTIKAN VAKSIN SIK- Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan kesediaan sebagai penerima suntikan awal vaksin Covid-19. Menurut Muhammad Sanusi, pemimpin perlu menjadi orang yang terawal dan bersedia menerima suntikan vaksin supaya dapat menyakinkan masyarakat. Katanya, kerajaan telah membuat penelitian rapi untuk memilih jenis vaksin untuk dibawa masuk ke Malaysia. "Kerajaan Persekutuan telah menyusun keutamaan dengan menentukan syarat penerima vaksin 18 tahun keatas, keutamaan diberi kepada para barisan hadapan dan sasaran kerajaan kepada 60 peratus rakyat diberi vaksinisasi. "Saya ingin menasihatkan kepada penduduk di Kedah ini sentiasa bersedia menerima suntikan untuk kebaikan kita semua", ujarnya. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/11/2021, 7:00:05 PM 

Tiada ulasan