Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PESERTA LADANG SEJAHTERA TERIMA DIVIDEN RM300 SIK – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memberikan dividen keseluruhan RM15,000 kepada semua peserta Ladang Sejahtera Agropolitan Sik. Setiap peserta menerima dividen sebanyak RM300 yang disampaikan oleh Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di majlis Penyampaian Dividen Ladang Sejahtera KEDA Bendang Man, Sik hari ini. Haji Sanusi berkata, pemberian ini adalah salah satu inisiatif KEDA menyantuni penduduk luar bandar terutama di daerah Sik seiring dengan komitmen kerajaan untuk menjadikan Kedah sebuah negeri "Tempat Orang Miskin Berteduh, Negeri Orang Kaya Berbakti". "KEDA sebagai sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, kita boleh umpamakan sebagai 'orang kaya' yang datang untuk berbakti di negeri kita. "Peluang ini haruslah kita manfaatkan dengan sebaik mungkin dengan bekerja keras, bertanggungjawab, jujur dan amanah bagi memastikan keuntungan yang diperolehi daripada ladang ini sentiasa meningkat dari masa ke masa, " ujarnya. Kata beliau lagi, apa jua yang diusahakan oleh kerajaan perlu disambut baik oleh rakyat dengan sikap jujur, amanah dan kuat berusaha bagi merebut peluang yang diberikan. Menurut Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Wira Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata, KEDA ditubuhkan bertujuan untuk membantu mempercepatkan pembangunan sosioekonomi di kawasan operasi KEDA. "Sebagai salah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), KEDA memegang tanggungjawab besar dalam pembangunan melalui pelbagai aspek termasuk dalam bidang pembasmian kemiskinan. "Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah tuan-puan merujuk kepada Pejabat KEDA Zon 4, Sik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim selepas Sekolah Menengah Kebangsaan Sik. Di sana nanti, tuan puan akan diberi khidmat nasihat berkenaan syarat permohonan," ujar beliau. Turut hadir Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman, ADUN Belantek, Ustaz Md. Isa Shafie, Pegawai Daerah Sik, Mohamad Suhaimi Man dan Pengurus Besar KEDA, Haji Kamarudin Abdul Akib. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/11/2021, 4:49:09 PM 

Tiada ulasan