Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


DR. WAN SHAMSUDIN : PERGINYA PERMATA SEJARAH NEGARA Dua bulan yang lalu, negara kita kehilangan insan yang bergelar individu ensiklopedia sejarah Datuk Wira Dr. Wan Shamsuddin Mohd Yusof. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 19 Disember 2020 yang lalu. Pemergian mantan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah (PSMCK) yang juga merupakan tokoh sejarah Kedah disifatkan satu kehilangan besar yang sukar dicari ganti oleh negara kita. Datuk Dr. Wan Shamsuddin bin Mohd Yusof yang lahir pada 18 September 1932 adalah penerima Anugerah Felo Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) 2011 kali ke-6 pada 25 Februari 2012. Anugerah itu diberikan kerana sumbangan khidmat beliau dalam memelihara serta memulihara Sejarah Melayu dan Sejarah Malaysia amnya. Perkara 8 Perlembagaan PSM memperuntukkan bahawa gelaran Felo diberi kepada sejarawan negara sebagai tanda penghormatan dalam memaju dan mengembangkan sejarah tanah air atau penyelidikan dan penemuan baru yang penting. Antara sumbangan Allahyarham Dr. Wan Shamsuddin adalah: 1) Beliau seorang penggiat sejarah yang terkenal di Kedah serta aktif dalam perjuangan warisan bidang sastera dan budaya hampir setengah abad. 2) Beliau juga mengetuai ekspedisi kaji selidik sejarah dan membongkar tinggalan sejarah di Kedah serta menemui penemuan penting negara sebagai pengesahan keturunan legenda rakyat Kedah, Puteri Mahsuri, di Kampung Kemala, Phuket, Thailand pada 1988 setelah Wan Aishah, generasi ketujuh Mahsuri, ditemui di sana. 3) Telah membuktikan kesungguhan dan minat yang sangat mendalam dalam bidang kaji selidik serta penghasilan artikel, jurnal serta buku-buku berkaitan sejarah Negeri Kedah yang bernilai tinggi. 4) Dikatakan KDYMM Tuanku Sultan Kedah, jika memiliki pandangan-pandangan lain, tetap akan minta beliau memberi pandangan pada sudut atau sisi yang lain. 5) Memperbetulkan tanggapan ramai terhadap identiti Raja Bersiong. Banyak tempat-tempat lama di Kedah dianggap mempunyai kaitan dengan Raja Bersiong termasuk kubur Raja Bersiong di Kuala Muda, tiang bendera Raja Bersiong di Tikam Batu serta keris di Kampung Kota Bukit, Jeneri, namun kesahihannya diragui. Misalnya Istana terbiar berusia lebih 100 tahun di Bukit Tinggi, Kepala Batas bukan Istana Raja Bersiong sebagaimana diperkatakan orang ramai, sebaliknya, kepunyaan Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid atau lebih dikenali sebagai Tunku Kudin, Raja Muda Kedah ketika pemerintahan abangnya, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah pada 1854 hingga 1879. Menurut Dr. Wan Shamsudin, Raja Bersiong tak wujud dalam pemerintahan raja Kedah, ia hanyalah satu episod dalam Hikayat Merong Mahawangsa. 6) Terlibat dalam penemuan dan kajian kubur-kubur lama serta makam seperti penemuan Makam Sultan Mahyudin dan juga Sultan Rijaluddin. Sumber foto: Persatuan Sejarah Malaysia. -UPDA 2/20/2021, 10:20:51 PM 

Tiada ulasan