NEXT GEN PATH SPM & STAM: BERI HALA TUJU YANG JELAS KEPADA PELAJAR
Menurut ADUN Kuala Nerang, YB Dato’ Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria, seramai 230 pelajar dari tujuh buah SAR mengikuti program Next Gen Path SPM & STAM 'Membina Halatuju, Meraih Kecemerlangan'.
"Terima kasih institusi pendidikan yang datang dari jauh dan dekat serta agensi yang turut sama memberikan pendedahan kepada para pelajar," ujarnya dalam Majlis Perasmian Next Gen Path SPM & STAM bertempat di Dewan Istiqlal, Masjid Sharafuddin Badlishah, di sini.
Beliau turut menasihati para pelajar yang merupakan calon SPM dan STPM agar memperbetulkan niat untuk menuntut ilmu hingga ke menara gading semata-mata mencari keredhaan Allah SWT.
Tambahnya, para calon SPM dan STPM juga perlu sentiasa menjaga solat dan berdoa kepada tuhan agar dipermudahkan segala urusan.
Jelas beliau, para pelajar juga perlu menjaga akhlak mereka terutamanya dengan ibu bapa seterusnya para guru yang terlalu banyak berjasa dan mendidik agar menjadi insan yang berjaya.
"Jangan lupa zikrullah selain daripada hak wajib yang kita buat solat, baca al-Quran, tiap-tiap hari kena baca salawat kepada Nabi SAW sebagai tanda kasih," ujar beliau.
Katanya lagi, para pelajar perlu menjaga pergaulan dan mencari sahabat yang baik agar dapat menghindari diri daripada gejala yang tidak sihat semasa berada di universiti nanti.

Post a Comment