Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MOGA ADAM SEMBUH KUBANG ROTAN - 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul', hanya itu mampu menggambarkan pilu seorang ibu, Zariyati Abdul Halim apabila anak sulungnya yang menjadi harapan keluarga kini terlantar di atas tilam kerana tahap kesihatan yang kian merosot. Anaknya, Mohamad Adam Azhar disahkan menghidap kanser otak sejak Disember lalu. Berita sedih yang menimpa keluarga ini mendapat perhatian Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau hadir bersama Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Keluarga dan Masyarakat, YB Hajah Halimaton Shaadiah Saad menziarahi bagi menyampaikan sumbangan kewangan, lampin dan kotak makanan kepada Mohamad Adam di rumahnya di Tanjung Besar, Kubang Rotan. Mohamad Adam yang kini berusia tujuh tahun, tidak memulakan pengajiannya memasuki tahun satu seperti rakannya yang lain. Zariyati memaklumkan pendaftaran telah dibuat sekolah terdekat dan pihak sekolah telah menziarahinya setelah mengetahui keadaan kesihatannya, namun berikutan keadaan kesihatannya yang kian merosot kemungkinan pengajian terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu bagi urusan perubatan sehingga sembuh. Kos pengurusan bagi keperluan perubatan Mohamad Adam menelan belanja sekitar RM700 setiap bulan. Kos tersebut agak memberi kesan kepada keluarga ini. Menurut Zariyati, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah turun padang memberi perhatian kepada nasib anaknya setelah berita mengenai kesihatan anaknya tular baru-baru ini. Mereka tampil membantu meringankan bebanan keluarga ini dengan menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan Mohamad Adam. Orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Azhar di talian 010-3938675 atau menyalurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional, Zariyati Abdul Halim, 0210941100004637. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/18/2021, 10:14:52 AM 

Tiada ulasan