Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


WARGA EMAS DIAMI RUMAH UZUR KUALA NERANG - Seorang warga emas, Siti Aminah Saman terpaksa tinggal bersama anak dan menantunya dalam sebuah rumah usang di Kampung Tanjung, Padang Terap setelah dihimpit kesempitan hidup. Rumah mereka mengalami kerosakan teruk namun belum dapat dibaiki kerana menantunya yang bekerja kampung hanya mampu menyara keperluan makan mereka. Perkara ini mendapat perhatian ADUN Kuala Nerang, YB Haji Munir Zakaria bersama PAS kawasan Padang Terap. Pihaknya tampil menyampaikan sumbangan dan memantau kerosakan rumah itu untuk tindakan lanjut. ADUN Kuala Nerang bersama rombongan turut menyantuni beberapa keluarga lain yang terdiri daripada asnaf, warga emas dan ibu tunggal di Kampung Padang Gelanggang dan Kampung Pokka. Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abdul Aziz dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kuala Nerang. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/15/2021, 10:02:40 PM 

Tiada ulasan