Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Siapa yang sempat melalui zaman beratoq bila nak guna telefon awam? Masa ni belum ada lagi handphone. Kalau ada pon boleh bilang dengan jari siapa yang menggunakan. Handphone yang ada masa tu jenama Motorola, besaq macam bekas ayaq dan boleh tarik antenna.😆 Bila ingatkan semula memang kenangan terindah betul guna telefon awam ni. Zaman sekarang ni mungkin dah takda. Tambah pula jika mengetahui teknik-teknik hendak buat 'free call', lagi seronoklah 'bergayut'. 😏 Antara tekniknya ialah masuk dan tarik semula duit syiling dari slot duit. Kemudian tekan kod no sebelum dail nombor telefon. Andai teknik ini menjadi, sembang berjam-jam bermodalkan duit sekupang (10 sen).😂 Teknologi telefon awam turut berkembang dengan menggunakan kad iaitu Uniphone Kad dan Kad Telekom. Teknologi berubah mengikut peredaran zaman. Namun jasa telefon awam atau 'public phone' ini memang tak dapat nak dilupakan. Dengan 'public phone' lah ada antara kita mungkin mendapat cinta pertama. Dengan telefon awam juga mendapat berita suka duka. Sekarang, tengok pondok telefon pun dah rasa pelik.🤭 #streetphotography #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/16/2021, 11:00:45 AM 

Tiada ulasan