Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Negeri Kedah lani musim angin timoq. Orang kampung belah sini pulak panggey 'Winter Wind'.😄 Biasanya berbagai aktiviti akan dilakukan pada musim ini seperti menangkul, bermain wau, 'menimba telaga', dan sebagainya. Puncak kepada musim angin timur, kita boleh lihat pokok yang selama ini menghijau akan kering tanpa daun seperti musim luruh. Kadang-kadang rasa seronok melihat dedaun yang gugurkan? Rasa seperti berada di negara Eropah.😙 Hikmah sehelai daun yang gugur memberi pengajaran dan petunjuk kepada kita selaku hambaNya. Luruhnya sehelai daun itu bukanlah sia-sia. Ia aturan sunnatullah yang mesti dilalui. Begitu juga kita sering menghadapi pelbagai ujian yang menyebabkan kita rebah dan tersungkur. Namun ia akan menjadi pemangkin untuk berjaya jika kita mengambilnya sebagai iktibar daripada kejatuhan itu. Jalan terus dan anggaplah kejatuhan atau kegagalan ini sebagai salah satu proses mempersiapkan diri. Hidup dengan gaya aturan Islam itulah yang terbaik. Dikala kita diuji, jangan kita lupa disebaliknya pasti ada hikmah yang Allah akan berikan kelak. Yang penting sebagai orang beriman, POSITIF SELALU.😊 #streetphotography #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #kekalpositif -UPDA 2/12/2021, 12:06:06 PM 

Tiada ulasan