Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA PUTRAJAYA - Enam teras slogan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' merupakan tapak asas kerajaan negeri dalam memberi manfaat kepada rakyat. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata antara enam teras tersebut adalah Al-Hurriyyah, Al-Maiyyah, Al-Insijom, Al-Adalah, As-Salamah dan An-Numuw wa Al-Barakah. "Dengan enam teras ini kita akan capai 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' kita akan laksanakan secara saksama kepada seluruh rakyat negeri Kedah tidak mengira latar belakang, bangsa, kaum keturunan. Slogan ini akan dapat dicapai dalam tempoh berapa tahun ni," ujar beliau ketika siaran Malaysia Hari Ini yang berlangsung di Sri Pentas Utama. Katanya, beliau sangat terbuka untuk menerima aduan orang ramai secara berdepan atau di media sosial. Tambah beliau lagi, pada 2035 nanti akan terlaksana Kedah Sejahtera dan Berdaya Huni dalam merealisasikan sebuah wawasan baharu bagi tempoh jangka panjang melibatkan pembangunan sosioekonomi dan menjadikan Kedah sebuah negeri yang berdaya maju dan kompetetif di peringkat nasional dan global. "Saya faham pasukan yang kita ada faham bahawa kita ada tanggungjawab yang besar. Pemimpin ini dia kena sedia berkorban untuk rakyat dan bukan sebagai pemimpin hanya untuk ambil nikmat," ujar beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 2/23/2021, 5:19:07 PM 

Tiada ulasan