Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MMN Setuju Pelan Transformasi Industri Mineral Negara ALOR SETAR - Penubuhan Majlis Mineral Negara (MMN) dilihat dapat mengawal selia pengurusan sumber asli dengan efisien serta menjamin kesejahteraan negara bertepatan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDGs) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Mesyuarat tersebut bersetuju dengan cadangan kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021 – 2030 (TIM 2021 – 2030) dan enam kertas kerja dasar lain iaitu Prosedur Operasi Standard (SOP) Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit dan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE), perlombongan dan pengekportan mineral, pengezonan kawasan mineral dan kemampatan industri perlombongan serta perkuarian. Mesyuarat MMN kali pertama ini dipengerusikan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato' Sri Mohamed Azmin Ali dan diadakan secara atas talian. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor turut menyertai mesyuarat tersebut di Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman. Turut serta dalam mesyuarat itu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Dato' Dr. Shamsul Anuar Haji Nasarah, Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/16/2021, 10:22:30 PM 

Tiada ulasan