Header Ads

test

Ikuti perkembangan terbaru negeri Kedah. Untuk makluman setiap minggu kerajaan negeri akan mengadakan Mesyuarat Majlis Mesyuarat...


Ikuti perkembangan terbaru negeri Kedah. Untuk makluman setiap minggu kerajaan negeri akan mengadakan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah dan akan dibuat beberapa pengumuman berkaitan keputusan hasil mesyuarat tersebut yang melibatkan rakyat Kedah. Berikut adalah pengumuman semasa sidang media Menteri Besar minggu lalu untuk perhatian rakyat Kedah 1)Pelajar cemerlang Kedah terima diskaun 100% dan diskaun 50% berjumlah RM189,366.98. Permohonan boleh dibuat di sppnk.kedah.gov.my Baca berita selanjutnya di https://www.facebook.com/mediaupda/posts/944381406376130 2) Kedah bangunkan Sistem Permohonan Bantuan Awal Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dikenali i-BAKIPT. Pemohon yang layak akan menerima RM 300. Permohonan boleh dibuat di https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt Baca berita selanjutnya di https://www.facebook.com/mediaupda/posts/944393336374937 3) Sebanyak 393 permohonan dengan nilai sebanyak RM1.96 juta telah diluluskan Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19 Negeri Kedah bagi membantu usahawan Negeri Kedah yang terjejas. Skim tersebut dibawahkelolaan Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK). Baca berita selanjutnya di https://www.facebook.com/mediaupda/posts/944378743043063 4) Kedah sentiasa buka pintu rundingan kepada Pulau Pinang sekiranya memerlukan air mentah dari Sungai Muda untuk kegunaan. Baca berita selanjutnya di https://www.facebook.com/mediaupda/posts/944503439697260 5) Kedah bersedia kerjasama bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menyediakan penempatan semula masyarakat Melayu Islam Kedah (MIK) di Bukit Malut, Langkawi. Baca berita selanjutnya di https://www.facebook.com/mediaupda/posts/944989586315312 6) Menteri Besar seru semua rakyat Kedah yang bekerja sendiri mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Layari untuk maklumat lanjut: https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/akta-keselamatan-sosial-pekerjaan-sendiri-2017-akta-789/skim-keselamatan-sosial.html Baca berita selanjutnya di https://www.facebook.com/mediaupda/posts/944941246320146 7) Juara All England, Lee Zii Jia bakal diraikan di Kedah setelah selesai tempoh kuarantin selepas pulang dari England. Pemain badminton itu bakal menerima imbuhan sebagai ganjaran atas kejayaannya. Baca berita selanjutnya di https://www.facebook.com/mediaupda/posts/944907429656861 Sumber: Ringkasan sidang media Menteri Besar 24 Mac 2021. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/29/2021, 9:00:01 PM 

Tiada ulasan