Header Ads

test

Setiap kali raya mesti tolong tok (nenek) membuat kuih loyang pada zaman kanak-kanak dulu. Tapi sekarang tak perlu tunggu raya, ...


Setiap kali raya mesti tolong tok (nenek) membuat kuih loyang pada zaman kanak-kanak dulu. Tapi sekarang tak perlu tunggu raya, bila-bila masa boleh makan kuih loyang. Kuih ini banyak dijual oleh pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS). Kuih ini juga disebut kuih goyang kerana setelah acuannya dicelup dalam adunan tepung cair, kuih ini dicelup ke dalam minyak yang panas dan digoyang-goyangkan supaya tanggal. Kuih loyang ini enak dimakan dengan teh O panas serta `krup, krap dimakan' itu diperbuat daripada tepung beras, santan, telur, kacang, gula dan garam. Kebiasaan kuih loyang rasanya manis sahaja, tetapi ada juga kuih ini ditambah menjadi berempah dan pedas mengikut citarasa pembeli. Warna kuih loyang ini seperti warna keemasan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #streetphotography #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #kuihloyang -UPDA 3/29/2021, 5:00:53 PM 

Tiada ulasan