Header Ads

test

KUNJUNGAN ADUN KE SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN Sekolah Rendah Akademi Islam Haji Abdullah Suboh (SRAIHAS) menerima kunjungan...


KUNJUNGAN ADUN KE SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN Sekolah Rendah Akademi Islam Haji Abdullah Suboh (SRAIHAS) menerima kunjungan daripada ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim semalam. Kunjungan ini disambut baik oleh Guru Besar, Ustaz Fadzil Mahmud dan Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Yusoff Ismail serta guru-guru yang lain. Pertemuan ini juga turut dimaklumkan berkenaan dengan permasalahan yang berlaku di sekolah tersebut. Pusat khidmat wakil rakyat ADUN Pantai Merdeka akan memanjangkan permasalahan ini kepada pihak atasan untuk diselesaikan dengan sebaik mungkin. Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan wakil rakyat bersama pusat institusi pendidikan agama yang menjadi nadi modal insan di negeri Kedah. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/4/2021, 1:00:35 PM 

Tiada ulasan