Header Ads

test

Fakta mengenai pembalakan di Kedah 1. Dalam tempoh 17 Mei 2020 hingga sekarang, tidak ada satu pun kawasan baru atau lesen bar...


Fakta mengenai pembalakan di Kedah 1. Dalam tempoh 17 Mei 2020 hingga sekarang, tidak ada satu pun kawasan baru atau lesen baru diluluskan oleh MB Haji Muhammad Sanusi Md. Nor untuk pembalakan. 2. Dalam tempoh antara 2014 hingga 2020, 25,000 hektar kawasan di Hutan Simpan Ulu Muda telah diluluskan untuk pembalakan. 3. Dalam tempoh sama, 50,000 hektar lagi diluluskan untuk pembalakan di luar kawasan Hutan Simpan Ulu Muda. 4. Jumlah keseluruhan 75,000 hektar kawasan hutan di seluruh Kedah telah diluluskan untuk pembalakan dan sedang menunggu lesen penebangan. 5. Kuota dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia untuk penebangan balak bagi negeri Kedah, setahun hanya 4,000 hektar sahaja. 6. Untuk menghabiskan kesemua kawasan yang telah diluluskan, tempoh 18 tahun diperlukan daripada sekarang. 7. Jika pentadbiran Menteri Besar Haji Muhammad Sanusi memberi kelulusan kepada sesuatu kawasan baru untuk membalak, ia hanya akan boleh ditebang 19 tahun akan datang. Munasabah atau tidak untuk menuduh Menteri Besar Kedah sekarang kaki tebang balak? Syarikat konsesi mana yang sanggup untuk mohon sekarang dan tunggu 19 tahun untuk tebang balak di Kedah? Nak bercakap apa pun, biarlah dengan fakta. Kalau tidak tahu tetapi nak bercakap juga, sama ada kita akan jadi pemfitnah atau tukang sebar fitnah! Catatan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah: Muhamad Mat Yakim #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/4/2021, 2:52:09 PM 

Tiada ulasan