Header Ads

test

MB SERU RAKYAT CARUM PERKESO ALOR SETAR – Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyeru semua rakyat Kedah yang menjal...


MB SERU RAKYAT CARUM PERKESO ALOR SETAR – Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyeru semua rakyat Kedah yang menjalankan pekerjaan sendiri supaya mencarum menggunakan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Haji Sanusi berkata, skim ini diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan dan hanya layak kepada sektor persendirian sahaja. "Semua sektor persendirian boleh memohon. Caruman ini bermula serendah RM13.10 sahaja sebulan. Boleh mencarum sendiri dengan faedah yang begitu banyak. Sekiranya pekerja-pekerja tersebut ditimpa kemalangan tidak dapat bekerja dan skim yang diperkenalkan oleh PERKESO ini akan memberi faedah," ujar beliau ketika sidang media di Wisma Darul Aman, semalam. Skim ini mempunyai lapan faedah antaranya faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara faedah hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan mayat, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional dan faedah pendidikan. "Di Kedah ni tak ramai lagi yang mencarum skim ini dan boleh layari pautan https://www.perkeso.gov.my/. Saya galakkan semua rakyat Kedah yang bekerja sendiri untuk mencarum. Sekurang-kurangnya ada sedikit sumbangan yang kita terima sewaktu ditimpa kemalangan. Caruman rendah, tetapi faedah yang terima tu banyak," jelas beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/25/2021, 3:05:43 PM 

Tiada ulasan