Header Ads

test

PENEMPATAN BUKIT MALUT PERLU SEGERA DISELESAIKAN ALOR SETAR- Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu bertindak segera agar tiada ...


PENEMPATAN BUKIT MALUT PERLU SEGERA DISELESAIKAN ALOR SETAR- Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu bertindak segera agar tiada penambahan penempatan di Bukit Malut. "Kerajaan negeri tiada rekod berkaitan dengan dokumen kerakyatan, perjalanan atau pendaftaran penduduk ini. Semuanya berada di MKN", ujar YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor kepada media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Usaha Sama Projek Pembangunan Litar Lumba dan Resort Bersepadu Open Road di Wisma Darul Aman, hari ini. Menurut beliau, kerajaan negeri akan bekerjasama dari segi urusan pemindahan kawasan perumahan ini. Jelasnya, dua lokasi yang dipersetujui bagi pemindahan ini di kawasan milik Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). ''Penduduk di situ tetap perlu berpindah ke kawasan yang diarahkan, walaupun terdapat keengganan daripada mereka. "Penduduk ini perlu membeli rumah seperti rakyat Malaysia yang lain. "Kita serah kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi bagi mengambil langkah-langkah untuk mengehadkan dan menguatkuasakan undang-undang. "Semua penempatan haram yang baru perlu dikenakan tindakan undang-undang", ujar Muhammad Sanusi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/31/2021, 7:00:01 PM 

Tiada ulasan