Header Ads

test

Selamat Menyambut Hari RTM ke-75 Walaupun mencecah usia 75 tahun, Radio Televisyen Malaysia (RTM) masih kekal relevan kepada ne...


Selamat Menyambut Hari RTM ke-75 Walaupun mencecah usia 75 tahun, Radio Televisyen Malaysia (RTM) masih kekal relevan kepada negara. Seawal tahun 1946 dengan hanya satu saluran radio, RTM berkembang kepada 36 saluran radio. Segmen-segmennya meliputi nasional, kenegerian, tempatan dan kepelbagaian bahasa setempat mendapat peluang bersiaran menyampaikan maklumat kepada rakyat yang majmuk. Syabas dan tahniah kepada warga kerja RTM yang sanggup mendepani cabaran membuat perubahan dari siaran analog kepada siaran digital. Usaha ini perlu dilaksanakan memastikan kekal relevan sebagai peneraju badan penyiaran utama negara. Setiap daripada rakyat Malaysia pasti mempunyai nostalgia tersendiri dengan siaran radio kendalian RTM. Populariti saluran-saluran seperti Kedahfm NASIONALfm, Radio Klasik, TRAXXfm, MINNALfm dan SABAHfm masih kukuh di hati pendengar. Inilah bukti RTM sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Teruslah melangkah menjadi penyalur dasar kerajaan dan maklumat yang benar kepada semua. Semoga pelaksanaan visi Pelan Strategik Jabatan Penyiaran 2021-2025 bakal terus memperkasa perkhidmatan dan memartabat RTM di Malaysia. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/31/2021, 9:24:13 PM 

Tiada ulasan