Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KPLB TEKAD TINGKATKAN EKONOMI PENDUDUK LUAR BANDAR ALOR SETAR - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersedia membantu usahawan Kedah bagi memasarkan produk melalui atas talian. Pelbagai inisiatif dibentangkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad dalam kunjung hormatnya ke atas Menteri Besar Kedah, YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, Rabu lalu bagi membantu pemasaran produk usahawan luar bandar khususnya di Kedah KPLB berharap usaha itu dapat memberikan manfaat kepada usahawan di luar bandar di negeri ini untuk bangkit meningkatkan pendapatan dengan memasarkan produk perniagaan mereka melalui atas talian. Kunjung hormat tersebut turut disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Dato' Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Dato' Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali dan empat orang lagi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Sebelumnya, pada sesi pagi YB Datuk Dr. Abd Latuff hadir ke Majlis Perasmian Taman Tawakkal di Pendang bagi penyerahan kunci kepada penerima rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). 57 keluarga miskin menarik nafas lega setelah penantian untuk memiliki rumah akhirnya termakbul dan ditempatkan di Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Hujung Keton. Majlis perasmian itu turut dihadiri Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Awang Hashim yang juga merupakan ahli Parlimen Pendang. PPK Hujung Keton yang lebih dikenali sebagai Taman Desa Tawakal menelan belanja RM11 juta melibatkan pembinaan 57 unit PPRT. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/13/2021, 10:30:36 AM 

Tiada ulasan