Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KEDAH TERIMA HAPUS KIRA HUTANG AIR ALOR SETAR - Kerajaan Persekutuan bersetuju menghapus kira pinjaman bekalan air luar bandar yang berjumlah hampir RM699 juta. Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jumlah keseluruhan pinjaman adalah berjumlah RM1.82 bilion dan baki pinjaman setelah dihapus kira sebanyak RM1.12 bilion. "Persetujuan ini adalah untuk membolehkan projek-projek infrastruktur bekalan air luar bandar yang kritikal seperti kerja naik taraf Loji Rawatan Air di Lubuk Buntar, Jenun Baharu, Sungai Limau dan Bukit Selambau dapat dilaksanakan mengikut pembiayaian secara geran bagi menampung permintaan pengguna,"ujar beliau ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini. Menurut beliau, baki pinjaman Negeri Kedah akan dinovasikan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan distrukturkan pembayaran selama 45 tahun serta moratarium selama lima tahun pertama tanpa bayaran. Menteri Alam Sekitar dan Air juga memaklumkan bahawa pihaknya meluluskan 2 projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) bagi memastikan sumber air yang ditakung berdekatan loji dapat dimanfaatkan ketika musim kemarau. Beliau juga menyatakan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk berganding bahu menurunkan kadar 43% air tidak berhasil (NRW) Kedah secara bersasar. Tambah beliau lagi, Kerajaan Persekutuan bersama Yayasan Wakaf Malaysia telah mengajurkan satu inisatif Tabung Wakaf Air Nasional yang bertujuan untuk memastikan semua rakyat mendapat bekalan air terawat. "Kadang-kadang perkampungan orang asal, jauh pendalaman yang bergantung dengan air sungai atau air bukit yang tidak langsung dirawat. Jadi kita ambil inisatif ini untuk menyelesaikan permasalahan air tidak terawat. "Hampir tiga bulan kita lancar Tabung Wakaf Air ini dan jumlah terkumpul sebanyak RM368 ribu dan jumlah ini tidak termasuk RM2.5 juta yang disumbangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air dan PAAB," jelas beliau lagi. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan negeri amat memerlukan sumber pendapatan bagi menyelesaikan permasalahan air ini. "Saya yakin penstrukturan ini akan memberi manfaat kepada rakyat dan masalah bekalan air yang membelenggu kita di Kedah sejak sekian lama akan dapat di atasi apabila SADA mendapat sedikit kelegaan daripada kekangan kewangan untuk meningkatkan infrastruktur dan fasiliti yang sangat diperlukan pada waktu ini," ujar Menteri Besar Kedah. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/4/2021, 9:01:01 PM 

Tiada ulasan