Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KEDAH YAKIN MAMPU BERI SAINGAN SENGIT BERTEMU JDT ALOR SETAR - Presiden KFA, Haji Muhammad Sanusi Md Nor melawat latihan pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC di padang Stadium Suka Menanti petang semalam. Kunjungan tersebut meninjau sesi latihan pasukan Kedah yang bakal berentap dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) misi merebut kejuaraan Piala Sumbangsih. Perlawanan ini juga tirai saingan Liga Malaysia bagi musim 2021. "Harapan rakyat kepada team kedah tahun ini, kita harap beroleh kemenangan bila ada perlawanan bertemu pasukan JDT. Saya yakin pasukan Kedah mampu tunaikan hasrat penyokong bola sepak Kedah," ujar Presiden KFA. Haji Sanusi optimis pasukan Kedah mampu memberi saingan sengit dalam perlawanan tersebut berikutan rekod cemerlang pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak meraih Naib Juara Liga Super pada musim lalu di belakang pasukan JDT. "Pasukan Kedah pun bukanlah pasukan yang ketinggalan jauh dari pasukan JDT. Kita mampu beri saingan dengan persiapan yang kita buat tahun ini," maklum beliau lagi. Kapten KDA FC, Baddrol Bakhtiar turut menyatakan kesiap siagaan rakan sepasukannya dan memberi prestasi terbaik menentang JDT yang dijadualkan pada 5 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. "Terima kasih kepada pihak pengurusan yang menjaga kebajikan kami dengan cukup baik. Insya Allah, kami akan berbakti untuk negeri Kedah dan beri keputusan yang baik dalam perlawanan," ujar Kapten KDA FC. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/4/2021, 7:00:21 PM 

Tiada ulasan