Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


146 PENGHUNI KEDA TERIMA HAK MILIK YAN – Sebanyak 146 hak milik diberikan kepada penghuni Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) di Sungai Udang hari ini. Penyerahan ini dibuat oleh Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Desa KEDA Sungai Udang, Yan bertempat di Perkarangan Masjid Nurul Iman. Menurutnya, pembahagian pemilik bermula dari 2015 dan sebanyak 1539 hak milik telah diserahkan di seluruh KEDA. ''Tahniah kepada penduduk yang terpilih menerima. Dianggarkan jumlah tanah dan rumah ini bernilai kira-kira 140ribu'', ujarnya. Pemilikan ini diberi keutamaan kepada penghuni atau peserta yang berdisiplin tinggi, tidak melanggar peraturan dan tidak terlibat dengan gejala-gejala negatif. Kerajaan negeri akan mengusahakan agar rumah di seluruh KEDA mempunyai hak milik termasuk yang telah mendiami lebih 20 tahun di hutan simpan. Menurutnya, perkara ini telah dibincangkan bersama Majlis Tanah Negara. ''Saya telah memohon kerajaan untuk memulakan proses cabut keluar daripada hutan simpan untuk di beri kepada penduduk yang telah mendiami lebih 20 tahun. ''Siapa yang baru teroka, kerajaan tidak akan membenarkan dan Jabatan Perhutanan akan mengambil tindakan kepada yang menceroboh. Keutamaan akan diberikan agar rakyat dapat memiliki hak milik di atas tapak tanah mereka sendiri. Menjawab soalan dari media, YAB berkata, proses pemilikan ini mengambil masa kerana banyak prosedur perlu dilakukan. ''Proses ini perlu cabut keluar pemilik, batalkan pemilikan Jabatan Perhutanan, jadikan tanah kerajaan, baru boleh memohon. Proses ini sangat panjang dan rumit.'' Ujarnya. Hadir sama, Exco Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi & Inovasi Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi merangkap Pengerusi KEDA YB Dato' Ku Abd Rahman Ku Ismail. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/17/2021, 8:31:59 PM 

Tiada ulasan