Header Ads

test

RM257 JUTA TUNGGAKAN HASIL BELUM DIKUTIP YAN – Hasil tunggakan hutang Kerajaan Negeri Kedah yang belum dikutip direkodkan seban...


RM257 JUTA TUNGGAKAN HASIL BELUM DIKUTIP YAN – Hasil tunggakan hutang Kerajaan Negeri Kedah yang belum dikutip direkodkan sebanyak lebih RM257 juta. Berikutan dengan ketirisan ini, kerajaan negeri mengambil langkah menubuhkan pasukan khas untuk melaksanakan operasi kutipan secara drastik secepat mungkin. "Hasil daerah akaun belum terima RM4.7 juta, hasil tanah RM129.5 juta, perumahan RM65.8 juta, pinjaman pendidikan RM20.03 juta, hasil Jabatan Kerja Raya mekanikal RM118 ribu, hasil pertanian RM62 ribu, hutang kepada Pejabat Kewangan Negeri RM74 ribu, Menteri Besar Incorporated (MBI) RM1.5 juta," ujar beliau ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pejabat Daerah Yan, hari ini. Menurut beliau, amat mencemaskan lagi apabila Kerajaan Persekutuan tidak lagi memberi pinjaman kepada kerajaan negeri untuk membuat perumahan baru akibat daripada sikap cuai penduduk yang tidak melangsaikan bayaran atas perkhidmatan yang diterima. "Saya nasihatkan penduduk yang mendapat nikmat daripada perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan dengan persetujuan sewa semasa mula nak masuk rumah, kena pastikan kita membayar untuk kemudahan dan perkhidmatan ini agar dapat dilanjutkan kepada orang lain. "Jika tidak buat sekarang tak tau nak buat bila sebab sekarang pun kira terlewat dah sebab tunggakan bukan dari kelmarin dah lama dah (belasan tahun) dan ada penyelesaiannya," katanya lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/17/2021, 5:42:19 PM 

Tiada ulasan