Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KEDAH TERIMA RM500 RIBU SELENGGARA SURAU, MASJID ALOR SETAR- Kerajaan negeri menerima sumbangan RM500 ribu bagi tujuan penyelenggaraan surau dan masjid. Sumbangan ini disampaikan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz kepada YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor sempena Majlis Makan Malam bersama Menteri Kewangan dan Jabatan Kastam di Raia Hotel malam tadi. Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana telah banyak memberi perhatian khususnya dalam sektor pelaburan. 10 Mac lalu, satu perjanjian jual beli tanah di Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam telah dimeterai antara Syarikat Northen Gateway bersama Hartalega NSM Sdn Bhd di Putrajaya. Hadir sama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dato Asri Hamidon. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/21/2021, 1:23:40 PM 

Tiada ulasan