Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KEDAH SALUR RM7 JUTA PERKASA SISTEM PENGURUSAN HUTAN ALOR SETAR – Kerajaan negeri menyalurkan RM7 juta kepada Jabatan Perhutanan bagi memelihara dan memulihara hutan di Kedah. Peruntukan tersebut bertujuan untuk memastikan urusan mengekalkan khazanah hutan dilaksanakan dengan berkesan. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, jumlah hutan simpan kekal yang direkodkan bagi tahun 2021 adalah 341,976 hektar dan lebih kurang 133, 791 hektar dikelaskan sebagai hutan perlindungan. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Santai bersama Warga Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa tahun 2021 di Dewan Seri Mentaloon, hari ini. "Malaysia telah dinobatkan antara salah satu daripada 17 negara yang diklasifikasikan sebagai 'Mega Biodiversity' iaitu mempunyai pelbagai flora fauna yang tersimpan di dalam hutan yang masih belum dikenali. "Kedah tidak ketinggalan mengamalkan sistem pengurusan hutan secara berkekalan bagi menjamin kelestarian hutan di Kedah," ujar beliau. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran awam berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan yang bertemakan "Forest & Biodiversity is too precious to lose" iaitu hutan dan biodiversiti khazanah yang tidak ternilai untuk dihilangkan. "Marilah sama-sama kita memperteguhkan integriti kita dalam pekerjaan agar tiap-tiap hasil hutan dan hasil kayu dikembalikan kepada rakyat," ujarnya lagi. Beliau yakin dengan keberkatan dan keazaman pihak perhutanan menjalankan kerja dengan penuh integriti untuk meningkatkan hasil perkayuan, Kedah akan bangkit untuk menjadi negeri yang disanjung tinggi. Beliau juga memaklumkan dengan meningkat prestasi perhutanan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dapat dipertingkatkan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/21/2021, 3:00:32 PM 

Tiada ulasan