Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


HOSPITAL PENDANG DIJANGKA SIAP APRIL 2022 PENDANG – Pembinaan Hospital Pendang sudah siap 70 peratus dan dijangka akan siap sepenuhnya pada April 2022. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengiringi Tunku Laksamana Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin mencemar duli melawat tapak pembangunan Hospital Pendang, hari ini. Hospital ini dibina di kawasan seluas 17 hektar di Kampung Banggol Pauh, mampu menempatkan 126 katil dan menyelesaikan masalah penduduk Pendang yang terpaksa berulang alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar bagi mendapat rawatan. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, YB Dato' Suraya Yaacob dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, YB Dato' Dr Mohd Hayati Othman. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/22/2021, 5:24:04 PM 

Tiada ulasan