Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


JAWATANKUASA HAL EHWAL AGAMA HINDU BAKAL DITUBUHKAN ALOR SETAR – Kebajikan dan pembangunan sosial kaum India bersama komunti lain turut menjadi keutamaan kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau meminta agar satu jatawankuasa ditubuhkan berikutan selama ini tiada organisasi khas di bawah kerajaan negeri bagi menjaga kebajikan kaum India secara khusus. Menurut Pegawai Khas Kaum India, Kumaresan BK berkata, satu pertemuan diadakan bagi menubuhkan Jawatankuasa Majlis Hal Ehwal Agama Hindu di Kedah baru-baru ini. "Saya telah berusaha enam bulan untuk menjayakan amanat yang diberi oleh YAB Menteri Besar Kedah. "Semua wakil persatuan, NGO dan kuil berpuas hati dan berterima kasih kepada YAB Menteri besar Kedah ke atas usaha ini dan memohon agar dipercepatkan kelulusan secepat mungkin," ujar beliau kepada wartawan selepas pertemuan di Wisma Darul Aman, baru-baru ini. Beliau juga menghargai usaha Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Kaum India, YB Azman Nasrudin yang bertungkus-lumus membantu. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' # UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/22/2021, 3:04:36 PM 

Tiada ulasan