Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


TIGA AGENSI TURUN DUN PEDU TAWAR PERKHIDMATAN NAKA - Program yang menghimpukan agensi kerajaan bagi memudahakan rakyat menerima perkhidmatan anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pedu mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pelbagai agensi bekerjasama bagi menjayakan program itu seperti Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Unit Tabung Darah Hospital Kuala Nerang. ADUN Pedu, YB Haji Mohd Radzi Md Amin berharap program ini memudahkan urusan masyarakat membuat permohonan dan mendapat pencerahan mengenai skim bantuan yang disediakan agensi terlibat. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah pembukaan akaun SSPN-i untuk caruman RM100 program Anakku Sejahtera, pembayaran PTPTN, permohonan semua kategori bantuan JKM mengikut kelayakan dan derma darah. Sopiah Awang Kecik, 42 yang hadir membuat pendaftaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi anaknya di kaunter PTPTN. Sopiah memaklumkan usaha ini memudahkan urusan penduduk sekitar bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan agensi dan membuat pendaftaran kerana kawasan kediaman mereka jauh dari pejabat agensi yang berada di pusat bandar Alor Setar. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/28/2021, 1:00:01 PM 

Tiada ulasan