Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Lima Tahap Manusia. Kita berada ditahap yg mana?😊 1. Muslimin Orang yang beragama Islam. Mengucapkan kalimah syahadah. Menerima segala kewajipan dan hak-hak yang telah digariskan oleh Islam. Melaksanakan perkara-perkara wajib dalam Islam iaitu 5 Rukun Islam : i. Mengucap kalimah syahadah, ii. Solat 5 waktu iii. Berpuasa dalam bulan Ramadhan iv. Mengeluarkan zakat v. Menunaikan haji 2. Mukminin Orang beriman dan merupakan seorang Muslim yang dapat memenuhi seluruh kehendak Allah, dan memiliki iman kuat dalam hatinya. Mereka bukan sahaja patuh pada 5 Rukun Islam malah menyakini dan patuh pada 6 Rukun Iman iaitu : i. Beriman kepada Allah ii. Beriman kepada malaikat iii. Beriman kepada Kitab iv. Beriman kepada Rasul v. Beriman kepada hari akhirat vi. Beriman kepada qada' dan qadar 3. Muhsinin Muhsinin adalah orang mukmin yang mencapai tahap Ihsan . Mereka melakukan amal ibadat bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk kebaikan orang lain juga. 4. Mukhlisin Orang mukmin yang beribadah kepada Allah, hanya mengharapkan redhoNya. Sentiasa ikhlas dalam semua amalan dan perbuatannya. 5. Muttaqin Muttaqin adalah orang mukmin yang bertaqwa. Mereka sentiasa menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah. Mereka sentiasa menimba ilmu untuk memperbaiki diri dan meningkatkan martabat diri dari semasa kesemasa. Inilah tahap seorang muslim yang paling tinggi. Kuliah Dhuha Jumaat Seri Mentalon Ustaz Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah #kuliahdhuha #muhasabahbersama -UPDA 3/28/2021, 3:30:25 PM 

Tiada ulasan