Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


DUA WARGA PEDU TERIMA MANFAAT PERKESO NAKA - Dua warga DUN Pedu terbela dengan menerima manfaat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), baru-baru ini. ADUN Pedu, YB Haji Mohd Radzi Md Amin bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Haji Awang Hashim menyerahkan serahan Faedah Penakat kepada Janariah Omar dan Mat Tarmizi Abdullah. Menurut Haji Radzi, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) terus berusaha keras untuk mencari penduduk kematian ahli keluarga yang pernah mencarum PERKESO bagi menerima faedah tersebut. "Masyarakat juga disarankan untuk segera mencarum PERKESO bagi yang bekerja sendiri kerana sudah ada Skim Caruman Pekerjaan Sendiri di PERKESO. "Kaedah bayaran hanya serendah RM13.10 sebulan. Kadar caruman ini Insya Allah mampu untuk yang bekerja sendiri. Ini adalah salah satu cara jaminan untuk masa depan keluarga setelah kita meninggal atau hilang upaya bekerja," ujar beliau. Tambahnya lagi, bagi penduduk DUN Pedu yang ingin mendapatkan makluman berkaitan dengan PERKESO sila hadir ke Pejabat PKWR DUN Pedu. Turut hadir, Pengarah PERKESO Negeri Kedah, Shaharuddin Waled. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #Update #MediaMBKedah -UPDA 2/28/2021, 10:02:20 AM 

Tiada ulasan