Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


RSN KEDAH 2035 ALOR SETAR- Pengarah PLANMalaysia@Kedah (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah), Puan Hajah Asni Mustafa menyampaikan Laporan Rancangan Struktur Negeri (RSN) Kedah 2035 kepada Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato' Paduka Ammar Dato' Shaikh Mahmood Naim sebagai aspirasi Kerajaan Negeri yang komited bagi memastikan Negeri Kedah maju menjelang 2035. Penyerahan ini diadakan selepas tamat Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman, tengah hari ini. RSN Kedah 2035 merupakan pernyataan bertulis yang merangkumi dasar-dasar sektoral fizikal yang memandu kearah pembangunan fizikal negeri Kedah sehingga tahun 2035. RSN ini telah diwartakan pada awal Oktober tahun lalu akan diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Kedah, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jabatan-jabatan kerajaan serta semua agensi yang terlibat dengan pembangunan tanah bagi merancang, mengawal, membangun, memandu perancangan guna tanah dan fizikal bagi seluruh Negeri Kedah. Dasar ini penting bagi memperincikan perancangan dan pelaksanaan dasar mengikut agensi berkaitan serta mengambilkira langkah-langkah strategik dalam merealisasikan Kedah Sejahtera dan Berdaya Huni. September lalu, YAB Haji Muhammad Sanusi melancarkan pelan pembangunan ''Kedah 2035, Sejahtera dan Berdaya Huni'' dan menyampaikan buku pelan kepada setiap EXCO Kerajaan Negeri agar ianya dapat dibangunkan bersama dan berjalan lancar. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 2/28/2021, 3:00:40 PM 

Tiada ulasan