Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
USAHAWAN PEKAN RABU PROMOSI PRODUK ATAS TALIAN ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan melancarkan Program Digital Pekan Rabu bagi membantu usahawan memperkenalkan produk secara atas talian sekali gus melonjakkan permintaan dalam pasaran. Program ini dirasmikan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. Pelancaran Program Digital ini yang turut bersandarkan kepada teras yang terkandung di dalam 'Malaysia Digital Economic Blueprint' (MyDigital) dengan menggunakan aplikasi internet berkelajuan tinggi tajaan Telekom Malaysia (TM) Berhad secara percuma selama setahun. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Wan Romani Wan Salim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kedah, Dato' Norizan Khazali, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dato' Asri Hamidon, Pengarah Urusan TM, Imri Mokhtar dan Pengerusi Koperasi Pekan Rabu, Ridhuwan Mustafa. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/21/2021, 9:00:27 PM
Post a Comment