Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


SKIM PINJAMAN MIKRO BANTU USAHAWAN ALOR SETAR- Kerajaan Negeri melalui Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK) telah melancarkan Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19 Negeri Kedah bagi membantu usahawan Negeri Kedah yang terjejas dengan pandemik Covid-19. Menurutnya, sebanyak 393 permohonan dengan nilai sebanyak RM1.96 juta telah diluluskan. Bayaran akan dikreditkan terus melalui akaun pemohon bermula 25 Mac 2021 secara berperingkat. Demikian menurut YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor ketika Majlis Penyerahan Mock Cheque Skim Pinjaman Mikro Kredit Sejahtera Covid-19 di Blok E, Wisma Darul Aman sebentar tadi. Kerajaan Negeri telah bersetuju melonggarkan beberapa syarat pinjaman bagi memudahkan lagi usahawan memohon skim pinjaman. Justeru, bagi memudahkan usahawan mendapatkan borang pinjaman, pemohon boleh mendapatkan borang melalui pejabat atau penyelaras DUN yang berdekatan. '' Saya juga ingin mengingatkan kepada peminjam-peminjam supaya membayar balik pinjaman sepenuhnya dan tindakan undang-undang boleh oleh diambil oleh pihak UPUK sekiranya peminjam gagal membuat bayaran seperti yang telah ditetapkan. ''Kutipan semula ini akan disalurkan semula untuk pinjaman usahawan yang lain dan marilah kita saling membantu membangunkan Negeri Kedah yang kita cintai ini'', ujar Muhammad Sanusi. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/24/2021, 2:41:51 PM 

Tiada ulasan