Header Ads

test

KEDAH SALUR 1 JUTA BANTU MAHASISWA ALOR SETAR – Kerajaan negeri melalui inisiatif Kedah Produktif dan Kedah Digital membangunka...


KEDAH SALUR 1 JUTA BANTU MAHASISWA ALOR SETAR – Kerajaan negeri melalui inisiatif Kedah Produktif dan Kedah Digital membangunkan Sistem Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dikenali i-BAKIPT dengan peruntukan RM1 juta. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sistem ini dilaksanakan bagi memudahkan anak-anak Kedah dapat membuat permohonan bantuan secara atas talian di mana saja berada tanpa perlu hadir ke Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti sebelum ini. "Kerajaan negeri dalam Bajet 2021 telah memperuntukkan RM 1 juta bagi bantuan awal kemasukan ke IPT dengan kadar RM300.00 setiap seorang pelajar," ujar beliau semasa merasmikan Pelancaran Sistem Permohonan Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi i-BAKIPT Bagi Sesi Pengajian Tahun 2021 di Wisma Darul Aman, hari ini. Beliau juga memaklumkan pembayaran akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN dan Penyelaras DUN kepada pelajar. "Saya menyeru anak-anak Kedah yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk membuat permohonan di laman sesawang sppnk.kedah.gov.my dengan memuat naik dokumen sokongan yang disahkan," jelas beliau. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/24/2021, 4:45:02 PM 

Tiada ulasan