Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


LRA baharu di Kodiang, Sidam Kiri Kerajaan Kedah akan bina sebuah lagi Loji Rawatan Air (LRA), kali ini di Kodiang, Kubang Pasu. LRA baharu itu akan memastikan keperluan bekalan air penduduk di kawasan barat daerah Kubang Pasu tidak lagi bermasalah. Selain itu, LRA Kodiang juga akan menjamin bekalan air yang mencukupi bagi keperluan industri SBEZ Bukit Kayu Hitam. Menteri Besar Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan pembinaan LRA baharu itu dalam ucapan di majlis menandatangi perjanjian jual beli tanah di SBEZ Bukit Kayu Hitam di Kementerian Kewangan Putrajaya siang tadi. Perjanjian itu membabitkan anak syarikat MOF Inc., Northern Gateway Free Zone SB dengan Hartalage NSM SB. Hartalega, syarikat pengeluar sarung tangan nistril terbesar dunia akan mendirikan sebuah kilang di SBEZ BKH dengan pelaburan berskala besar dan berimpak tinggi dengan nilai RM7 bilion. Kilang itu menyediakan 12,000 peluang pekerjaan baharu. Selain LRA Kodiang, satu lagi LRA baharu akan dibina di Sidam Kiri, dekat Sungai Petani. Kerajaan Negeri sebelum ini telahpun memulakan usaha pembinaan LRA Pelubang di Kubang Pasu selain menaik taraf empat LRA sedia ada di Bukit Selambau, Jenun Baru, Sungai Limau dan Lubuk Buntar Lama di Bandar Baharu. Ini bagi memastikan dalam tempoh beberapa tahun akan datang, masalah bekalan air yang sering berlaku di Kedah akan dapat diatasi sepenuhnya. MUHAMAD MAT YAKIM Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/10/2021, 10:56:47 PM 

Tiada ulasan