Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


SBEZ TERIMA PELABURAN BERIMPAK TINGGI PUTRAJAYA – Satu perjanjian jual beli tanah di Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam telah dimeterai antara syarikat Nothern Gateway milikan penuh Menteri Kewangan Diperbadanan (MKD) bersama Hartalega NSM Sdn Bhd di Kompleks Kementerian Kewangan Persiaran Perdana, hari ini. Majlis ini disaksikan oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Nothern Gateway merupakan pemaju hartanah utama yang dipertanggungjawabkan untuk menarik pelaburan strategik yang berimpak tinggi ke SBEZ di samping meningkatkan hartanah industri di sempadan Malaysia dan Thailand khususnya di Kedah. "Projek SBEZ meliputi keluasan tanah sebanyak 4,395 hektar yang meliputi tiga komponen utama iaitu pembangunan hab logistik darat, pembangunan Zon Perindustrian Bebas (FIZ) dan Zon Komersial Bebas (FCZ). "Kerja-kerja pembangunan infrastruktur utama dan pembinaan Depot Lori dan Pelepasan Dalaman di hab logistik darat SBEZ Kota Perdana akan dimulakan tidak lama lagi dan akan dijangka siap pada pertengahan tahun 2022," ujar Tengku Zafrul. Menurut beliau, kelebihan yang dimiliki oleh bandar sempadan Bukit Kayu Hitam yang menjadi jalan utama sempadan perdagangan dengan anggaran RM40 billion perlu dimanfaatkan sebaiknya. Beliau juga memaklumkan syarikat Hartalega adalah pengeluar sarung tangan nitril terbesar di dunia dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 44 billion sarung tangan setahun. "Dengan nilai pelaburan besar yang telah diluluskan sebanyak RM7 billion, saya percaya dengan pengalaman, komitmen, kepakaran dan keupayaan syarikat Hartalega, cadangan pelaburan dan pembinaan Kompleks Kilang Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu di SBEZ Kota Perdana akan dapat direalisasikan seperti yang dirancang dan memberi sumbangan kepada ekonomi negara. "Setelah siap, projek ini dijangka akan dapat mewujudkan 12,000 peluang pekerjaan serta meningkatkan bakat dan vendor tempatan," ujar beliau lagi. Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, YB Mohd Shahar Abdullah, Pengerusi Nothern Gateaway, Dato Asri Hamidon, Pengarah Nothern Gateaway, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abdul Rahman, Pengerusi Hartalega Sdn Bhd, Kuan Kam Hon dan Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega Sdn Bhd, Kuan Mun Leong. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/10/2021, 5:17:36 PM 

Tiada ulasan