Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PIKAT ZIARAH MANGSA RIBUT PETIR MAHANG - Isteri Menteri Besar Kedah, Puan Hajjah Jusmalailani Jusof turun padang menziarahi empat rumah mangsa ribut petir dan satu Surau Nurul Huda di Kampung Ulu Mahang, Bandar Baharu di sini pagi tadi. Penduduk yang masih trauma kerana ditimpa ribut dalam kejadian lewat petang 4 Mac lalu merasa amat terharu dan sangat berbesar hati menyambut kehadiran wakil PIKAT atas keprihatinan itu. Jusmalailani yang juga Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat Kedah (PIKAT) dalam kunjungannya itu telah melahirkan rasa simpati dan berharap agar mangsa seisi keluarga tabah melalui musibah yang meranapkan 12 kediaman di situ. Mengiringi beliau ialah Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu, Rohaizat Jaafar serta pimpinan masyarakat. Dalam lawatan tersebut PIKAT turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/7/2021, 3:45:48 PM 

Tiada ulasan