Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


GAMIS SUARAKAN NASIB MAHASISWA ALOR SETAR – Norma baharu akibat COVID-19 ini telah mengheret sistem pendidikan ke arah penggunaan teknologi yang tinggi. Menurut Pengerusi GAMIS Kedah, Muhammad Ammar Farhan Muhammad Azli, pembelajaran masa kini memerlukan alatan teknologi bagi kelangsungan sektor pendidikan dengan lebih baik. Maklumnya lagi, terdapat segolongan mahasiswa yang kurang berkemampuan untuk menyediakan alatan tersebut bahkan menghadapi masalah kewangan yang kritikal. GAMIS Kedah hadir bertemu dengan Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor bagi menyuarakan hasrat membantu segolongan mahasiswa yang memerlukan. Beliau turut menyanjung tinggi perubahan yang dilakukan oleh Haji Sanusi sepanjang menerajui kepimpinan negeri sejak Mei tahun lalu. "Kami berterima kasih kepada MB atas perubahan yang dilakukan kepada rakyat umumnya dan kami di peringkat mahasiswa berhasrat untuk mengadakan pertemuan lagi bersama MB supaya MB lebih dekat dengan mahasiswa di semua peringkat," ujar beliau. Turut hadir, Timbalan Pengerusi, Mohd Adam Saiuty, Pengerusi Sinergi Gerakan Mahasiswa (SIGMA), 'Iffah Hanani Abdullah, Timbalan Pengerusi SIGMA, Nur Izzati Athilah Annuar, Setiausaha, Zahra' Auliya Ahmad Suhaimi, Timbalan Setiausaha, Nur Akasyah Sabri dan Bendahari, Safiyya Abdul Samad. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/7/2021, 5:30:27 PM 

Tiada ulasan