Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ISU AIR KUALA KEDAH Mengambil maklum daripada aduan ramai penduduk Kuala Kedah, Kaksu hari ini selesai menghadiri sesi "Dialog SADA bersama JPKK dan wakil - wakil penduduk Kampung Tepi Laut,Kampung Laksamana,Taman Desarina,Taman Bersatu dan Taman Armada" yang merupakan penerima paling akhir air terawat daripada sistem perpaipan pengagihan air SADA. Turut dihadiri oleh Penyelaras DUN Kubang Rotan, Penyelaras DUN Pengkalan Kundur, Penyelaras DUN Kota Darulaman serta YB Asmirul Anuar Aris, ADUN Kubang Rotan Hasil daripada sesi dialog tersebut, SADA bersetuju untuk mengambil keutamaan 3 tindakan segera; 1. Kekerapan penghantaran lori tangki SADA Penduduk bersetuju dengan kekerapan 2 kali sehari, dan SADA bersetuju untuk menyediakan lori- lori tangki air yang khas kepada kawasan di penghujung sistem pengagihan air SADA dan pihak SADA turut bersetuju untuk menambah jumlah lori daripada 5 buah kepada 8 buah 2. Sikap pemandu lori SADA komited untuk mengambil tindakan disiplin ke atas mana - mana pemandu lori tangki air SADA yang bersikap kurang sopan terhadap pelanggan. 3. HOTLINE SADA SADA ambil maklum keluhan wakil - wakil penduduk berkenaan HOTLINE SADA dan komited untuk mengambil tindakan disiplin terhadap mana- mana staff HOTLINE yang bersikap kurang sopan terhadap pelanggan yang membuat aduan. Sumber : Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air & Sumber Air Negeri Kedah, YB Dato' Suraya Yaacob. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/4/2021, 6:24:23 PM 

Tiada ulasan