Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Belajarlah dari Alam "Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana masing-masing beredar di tempat edarannya." Kita boleh mengambil pengajaran daripada Alam ini berdasarkan ayat 40 Surah Yasin. Bulan, matahari dan bumi merupakan satu team yang baik saling bekerjasama demi satu tujuan. Bekerja keras dalam mencapai tujuan yang ditetapkan. Jika kita sekadar diam tanpa ada sebarang langkah, pasti kita tidak akan sampai ke destinasi yang dituju. Bayangkan jika di antara bulan, matahari atau bumi enggan berputar, berhenti pergerakkan pasti akan terjadi sesuatu dengan kehidupan manusia dan alam semesta ini. Begitulah juga kita, kelompangan pasti wujud jika tiada persamaan antara satu sama lain. Kita harus mencontohi kerjasama serta kerja keras bulan, matahari dan bumi ini. Saling lengkap melengkapi tanpa ada yang menyombong diri dengan kemampuan dan kelebihan yang ada. Berlapang dada dengan nasihat dan teguran. Dengan itu, tujuan dan matlamat yang ditetapkan dapat dilaksanakan dengan mudah. Apa yang penting, kerjasama.😊 #streetphotography #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/6/2021, 8:35:36 PM 

Tiada ulasan