Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ENAM SEKOLAH RISIKO TINGGI COVID-19 DISANITASI KUPANG- Enam sekolah disanitasi untuk memulakan sesi persekolahan akibat terdedah dengan risiko penularan wabak COVID-19 dalam DUN Kupang, semalam. Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pegang, SK Kuala Kupang, SK Keda, SK Kampung Sadek, SK Syed Sheh dan SK Seri Inas. Setiausaha Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan keselamatan para guru, murid dan kakitangan sekolah. Menurutnya, usaha mencegah penularan wabak COVID-19 itu dibuat dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) daerah Baling dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Baling. "PPD Baling memohon PKWR DUN Kupang menyediakan semburan kabus (fogging) sanitizer kepada enam buah sekolah yang berada di kawasan berisiko dijangkiti virus COVID -19 . "Justeru itu, PKWR telah memberi bantuan semburan secara percuma kepada sekolah yang telah dipilih oleh pihak PPD Baling," katanya kepada pemberita hari ini. Beliau berkata, pihaknya bersedia melakukan sanitasi di sekolah-sekolah lain sekiranya keadaan memerlukan. "Bagi sekolah yang perlukan semburan sanitasi boleh hubungi PPD Baling atau terus kepada pihak kami. PKWR DUN Kupang dan pihak PPD Baling akan sentiasa memantau perkembangan setiap sekolah dalam DUN ini, kita mahu pastikan keselamatan warga sekolah di tahap paling optimum,"katanya. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/2/2021, 12:00:01 PM 

Tiada ulasan