Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MB ZIARAH MANGSA RIBUT YAN - Menteri Besar YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor turun padang menziarahi mangsa ribut di Kampung Sungai Kering, Yan hari ini. ''Saya difahamkan, sebanyak 19 buah rumah terkesan dengan bencana yang berlaku semalam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan'', ujar Muhammad Sanusi kepada media. Menurutnya jumlah maksimum bantuan daripada kerajaan negeri bagi sebuah rumah yang ditimpa bencana adalah sebanyak RM6,000. ''Pegawai Daerah akan membuat laporan kerosakan berdasarkan maklumat penghulu dan agensi yang berdekatan sebelum dihantar ke kerajaan negeri. "Saya mengucapkan takziah bagi semua mangsa ribut ini,'' ujar beliau. Dalam lawatan tersebut, Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada 19 penduduk yang terlibat bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/25/2021, 5:59:11 PM 

Tiada ulasan