Header Ads

test

PKB BINA LITAR KERETA BERPRESTASI TINGGI LANGKAWI ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah mengumumkan pembinaan litar kereta berpres...


PKB BINA LITAR KERETA BERPRESTASI TINGGI LANGKAWI ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah mengumumkan pembinaan litar kereta berprestasi tinggi yang akan dibangunkan oleh Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan usahasama sebuah syarikat swasta di tanah milik PKB. "Di Langkawi lebih kurang 1600 unit kereta berprestasi tinggi, kereta ini dibeli di Langkawi kerana diberi pengecualian cukai. Jadi PKB dengan kerjasama sebuah syarikat swasta menyediakan satu trek untuk pemilik kenderaan itu menikmati kehebatan kenderaan dengan bayaran tertentu. Jika tidak mereka akan memandu laju menggunakan jalan raya yang boleh membahayakan orang awam," ujar YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam sidang media semalam selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Beliau turut menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mempercepatkan proses pemindahan penduduk yang mendiami kawasan Bukit Malut secara tidak sah. Kedah bersedia memberi kerjasama kepada MKN untuk mencari lokasi yang sesuai. "Saya dari hari pertama (menjawat Menteri Besar) dah maklum, 'do it now or never'. Saya tak ada apa-apa kepentingan, MKN kena bertindak kerana ia projek mereka. Kerajaan negeri tiada halangan malah bersedia untuk membantu sedaya upaya untuk penempatan ini ditempat semula di lokasi lain. Penempatan makin melarat masuk ke kawasan air (pesisir pantai) dan sekarang saya difahamkan sekarang telah ada 1200 rumah," jelas beliau lagi. Beliau turut menafikan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) di Langkawi akan dijadikan penempatan semula penduduk tidak sah Bukit Malut. "PPR tak diberi kepada Melayu Islam Kedah (MIK). Kerajaan hanya beri PPR kepada penduduk asal Langkawi sahaja, dasar kita jelas dalam hal itu," ujar Haji Sanusi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/25/2021, 8:00:08 PM 

Tiada ulasan