Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


LIBAT URUS BERSAMA PANEL LSANK ALOR SETAR- YAB Haji Muhammad Sanusi menyertai sesi libat urus bersama Jawatankuasa Panel Pakar Sumber Air Negeri Kedah di bawah kendalian Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) pagi tadi. Menurutnya, kesemua panel pakar yang hadir mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber dan industri samada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Anggota panel pakar ini terdiri dikalangan ahli akademik, golongan professional pelbagai bidang serta bekas pegawai tinggi kerajaan termasuk mantan Ketua Pengarah agensi kerajaan yang berpengalaman. YAB berharap semua panel ini dapat bersama menyumbangkan pengalaman dan kepakaran mereka kepada Negeri Kedah. ''Satu dimensi baru pengurusan sumber dan industri air berjaya diteroka untuk manfaat negeri dan seluruh rakyat Kedah'',ujarnya. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/8/2021, 3:35:03 PM 

Tiada ulasan