Header Ads

test

SANUSI JELAS ISU BALAK ALOR SETAR – Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Haji Sanusi Md Nor tidak pernah meluluskan sebarang k...


SANUSI JELAS ISU BALAK ALOR SETAR – Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Haji Sanusi Md Nor tidak pernah meluluskan sebarang kawasan pembalakan sejak pemerintahannya 17 Mei tahun lalu. Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi (JKTHB) bertarikh 14 Disember 2017 telah meluluskan seluas 200 hektar kepada Yayasan Islam Negeri Kedah di Kompartmen 12, Hutan Simpan Bukit Enggang. Haji Sanusi menjelaskan, penebangan balak yang berlaku sekarang ini adalah kelulusan sebelum beliau menjadi Menteri Besar yang dibuat sejak 2014 yang melibatkan 75,000 hektar. Maklum beliau lagi, dari tahun 2014 hingga 2020 telah diluluskan 25,000 hektar di Ulu Muda dan 50,000 hektar lagi di kawasan seluruh negeri Kedah. "Jika dijumlahkan kesemua ini, ada lebih 75,000 hektar untuk dilesenkan mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan. Kuota yang diberi oleh Jabatan perhutanan Semenanjung Malaysia kepada Kedah dalam RMK12 ialah setahun Kedah boleh tebang 4,000 hektar. "Kalau kita ada 75,000 hektar ini yang telah diluluskan sebelum saya, ia akan mengambil masa 18 tahun untuk menghabiskan kuota itu kawasan yang telah diluluskan. Jadi saya fikir tidak ada makna saya meluluskan kawasan-kawasan baru," tegas beliau ketika sesi wawancara eksklusif program Owh!MG terbitan Malaysia Gazette baru-baru ini. Maklum beliau lagi, semua kelulusan yang diberikan sebelum ini mengambil masa selama 19 tahun sebelum kelulusan baru diberikan. Jesteru dakwaan kawasan baru yang diluluskan oleh beliau adalah tidak benar. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/9/2021, 2:40:27 PM 

Tiada ulasan