Header Ads

test

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-75 Tahun, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan memberikan tawaran pengur...


Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-75 Tahun, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuatkuasa semasa tawaran tersebut kecuali kes dalam sebutan mahkamah. Tawaran ini berkuatkuasa bermula 13 April hingga 11 Jun 2021 (60 hari) Tawaran ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah : i. Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333) ii. Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334) iii. Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta iv Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, v. termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam. Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman-saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan sebentar tadi. Diskaun ini boleh dilaksanakan di pejabat JPJ / cawangan / UTC, kiosk dan portal JPJ (atas talian) Sumber: JPJ Kedah -UPDA 4/30/2021, 1:20:41 PM 

Tiada ulasan