Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ATLET SUKMA KEDAH CEMERLANG DIRAI DALAM MAJLIS BERBUKA PUASA ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, YB Mohd Firdaus Ahmad hadir Majlis Berbuka Puasa bersama Pasukan Berbasikal dan Angkat Berat Sukan Malaysia (SUKMA) Kedah di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar, semalam. Mohd Firdaus menzahirkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dalam merencanakan kejayaan ini terutamanya kepada atlet-atlet yang memenangi pingat. Semoga momentum prestasi cemerlang ini akan berkekalan hingga ke SUKMA akan datang. "Saya juga amat bersetuju atas apa yang dilakukan oleh Majlis Sukan Negeri yang menganjurkan majlis seperti ini untuk memberi penghargaan kepada atlet yang berjaya mencapaikan kejayaan seperti yang dilakukan oleh pasukan berbasikal dan angkat berat ini," katanya. Hadir sama, Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, Helmi Yahya, Presiden Persatuan Angkat Berat Negeri Kedah, Isma Suhaimi Syariff dan Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, Dr. Zulhusni Mohamad Rashid. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/30/2021, 5:24:11 PM 

Tiada ulasan