Header Ads

test

KEDAH DAHULUKAN RM2.4 JUTA ELAUN JPKK ALOR SETAR - Sebanyak 2.4 juta telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan...


KEDAH DAHULUKAN RM2.4 JUTA ELAUN JPKK ALOR SETAR - Sebanyak 2.4 juta telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah pada Rabu lalu bagi membayar elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang tertangguh sejak Januari lalu oleh Kerajaan Persekutuan. "RM2.4 juta kita dahulukan duit negeri sehingga Kerajaan Persekutuan masukkan elaun itu ke akaun kerajaan negeri, kita ganti balik," ujar beliau ketika sidang media selepas majlis Sambutan Ulang Tahun ke-75 RTM di Auditorium Kedahfm, semalam. Maklum beliau keputusan tersebut dibuat atas keprihatinan kerajaan kepada lebih 1000 JPKK seluruh Kedah yang terjejas akibat kelewatan menerima elaun. "Kita dahulukan wang kerajaan negeri untuk bayar elaun JPKK selama empat bulan untuk mereka menyambut bulan Ramadan ni. Elaun ini juga untuk bantu JPKK berfungsi bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat," kata beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/2/2021, 2:00:50 PM 

Tiada ulasan