Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


HELANG PULIH EKONOMI LANGKAWI LANGKAWI - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mengambil 30 inisiatif melalui Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi atau lebih dikenali sebagai HELANG bagi memulihkan sektor ekonomi di Pulau Langkawi khususnya aktiviti pelancongan. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebanyak RM3 juta telah diluluskan oleh Jemaah Pengarah LADA bagi menyokong pelaksanaan pelan HELANG ini. "Saya meletakkan harapan yang tinggi agar hasrat pelan HELANG ini dapat disempurnakan bagi mengembalikan semula kegemilangan ekonomi Langkawi," ujar beliau ketika sesi Amanat Pengerusi Bersama kepada Pegawai LADA di Auditorium LADA, di sini hari ini. Haji Sanusi menyeru supaya semua penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan yang produktif tanpa membelakangkan mana-mana pihak bagi memastikan agenda kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik. "Saya juga ingin mengambil kesempatan disini untuk menasihati semua warga LADA supaya sentiasa ikhlas, memegang kepada segala amalan yang baik dan tidak terlibat dengan amalan rasuah, kerana ini semua akan menyekat kejayaan negara kita. "Yang lebih penting lagi, semoga semua urusan kita mendapat keberkatan Ilahi dan dapat memberikan kesejahteraan kepada keluarga, bumi bertuah Langkawi dan Malaysia secara keseluruhan," ujarnya lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/2/2021, 4:30:35 PM 

Tiada ulasan